Search

・・・
The Man Who Refused To Be Beaten
[PA...

  • Share this:

・・・
The Man Who Refused To Be Beaten
[PART 2]
.
Jadi perlumbaan terikat 1-1. Kedua pelumba keletihan. Tak ada pelumba yang nak berlumba ‘decider’ ni sebenarnya. Apa yang kami nak adalah, menang ‘straight set’ 2-0 dan tutup buku terus. Sebab kepenatan selepas setiap perlumbaan tu memang tak boleh nak ‘brain’ org puteh cakap. Rasa die seperti anda berlari pecut sepantas mungkin kerana di kejar anjing gila (dan anda memang takutkan anjing). Tak payah tipu, mesti selepas tu anda berasa lega tetapi tak cukup nafas, paru-paru macam nak meletup dan kaki pula lembik longlai seakan-akan anda sudah bertukar menjadi seekor sotong kurita. Dan sekarang anda bayangkan pula, ketika anda tengah tercungap-cungap mencari oksigen tu, datang pulak anjing gila lain kejar lagi sekali dan anda harus berlari sepantas mungkin dalam keadaan tersebut untuk menyelamatkan diri. Dan apabila anda selamat buat kali kedua, anda harus ingat, ada seekor lagi anjing gila yang akan mengejar anda yang dua kali penat itu untuk pusingan penentuan pula. BAYANGKAN!
.
Ketika ini lah kekuatan mental menjadi pertaruhan. Kalau hati kecil, mesti jalan termudah adalah dengan mengangkat bendera putih. Tapi pantang buat diri saya. Walaupun tidak sempat pulih 100% saya gagahkan diri ke garisan permulaan. Masa tu terpikir muka isteri, anak-anak dan ibu bapa yang banyak berkorban demi karier saya. Masa tu jugak terpikir jurulatih dan rakan sepasukan yang sentiasa membantu ketika jatuh bangun. Terpikir jugak sokongan dan doa dari 32.6 juta rakyat malaysia yang merangkumi 0.41 peratus populasi dunia. Masa tu terpikir pingat Emas ke sepuluh karier saya dan ketika itu juga terfikir untuk menambah kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo untuk acara Sprint ini. Ketika itu saya bayangkan saya berketinggian 190cm dengan berat badan hampir 100kg seperti Chris Hemsworth yang membawa watak dewa petir didalam cerita Thor. Saya menyerahkan segalanya kepada Allah swt kerana Beliau lah yang berkuasa keatas setiap makhluknya dan Beliau lah Maha Penentu segalanya.
.
Seperti yang dijangka, Wakimoto cuba menggunakan kelebihan ‘gear’ besar beliau dengan membawa ‘pace’ tinggi dari awal perlumbaan. Saya hanya mengekori rapat di belakang dan menunggu waktu yang sesuai untuk membakar sumbu meriam. Kali ini kalau meletup biarlah dengan meriamnya sekali yang meletup. Kalau kalah biar bermaruah dan kalau menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan. Loceng telah dibunyikan dan pusingan penentuan siapa menang siapa kalah. ‘Pace’ amat tinggi dihadapan dan Wakimoto mula memecut dihadapan,saya hanya mampu berselawat dan menunggu. Seperti dalam cerita ‘The Matrix’ saya ketika itu melihat semuanya dalam keadaan ‘slow motion’. Hati saya digerakkan untuk ‘counter attack’ di selekoh pertama. Terus saya memberitahu otak untuk mengerahkan otot-otot serta sendi-sendi seperti yang diberitahu hati. Percaya pada hati, percaya pada diri. Walaupun jarak masih jauh, saya tawakkal dan yakin dengan ketentuan ilahi dan terus melakukan ledakan. Ketika memecut saya menjerit sehabisnya, melempiaskan segala yang terbuku dihati dan selepas selekoh terakhir saya dapat merasakan saudara Wakimoto sedang menikmati asapp dibelakangg saya. Tanpa membuang masa saya terus membuat jolokan di garisan penamat dan ‘the rest is history’.
.
10 kali juara Asia.
.
.
#teamazizul #azizulawang
#teamcimb #cimb #forward
#airasia #daretodream #allstars
#daikin #daikinmy #daikinmalaysia
#tumi #tumiglobalcitizens
#nike #nikemy
#oakley #oakleymy
#ogk #ogkkabuto
#wattbike


Tags:

About author
not provided
CIMB Pro Cycling Team World Keirin Champion 2017 Bronze Medallist Rio Olympic Games 2016 Victoria U
View all posts